Pengubat Jiwa...

HATI adalah tempat tersimpannya iman dan bila hati bersih iman akan kekal didalamnya. Iman tidak akan bertahan lama dan tidak lahir dari hati yang kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih, maka bersihkan hati selalu. Untuk mendapatkan hati yang bersih ialah:

  • Selalu mengingati Allah dengan berzikir supaya hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir akan dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.
  • Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah daripada segala sesuatu disekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.
  • Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

0 comments:

Post a Comment